Saturday, July 7, 2012

Intro 101 - AKU

Yuzray. Yuz. Ray. Grey. Pak Ray. Pak Grey. Pak Yuz. Uncle. Semua aku lah tu...panggil lah apa korang rasa selesa, asalkan jangan berbaur loochah maupon berbunyi ke-bee-natangan sudah lah. Janji orangnya adalah sama iaitu aku.

Enuff said, aku dah lama ada blog sendiri: yuzray.blogspot.com, tapi yang tu agak rojak, all-in-1 place. Yang ini dikhususkan untuk aku berkongsi pengalaman dan pendapat aku berkisar dunia aku yang kecil berkecimpung dalam dunia permotoran Malaysia.

Nak kata hebat, jauh sekali. Nak kata pakar, memanglah tak. Rasa nak baca, teruskan. Tak nak baca, tak siapa pon paksa.

Secara sahnya (berlesen) aku bermotosikal bermula tahun 1993. Motosikal pertama aku pon mak yang belikan, Suzuki TX-R Limited Edition atau lebih dikenali sebagai "Panther Jerung". Beli 2nd hand kat jiran sebelah rumah yang dok perap je moto dia mcm hiasan kat porch. Umur moto tu baru setahun, mileage tak sampai 3000 km...setakat buat pi kedai je aku biasa nampak pon.

Bersambung....